KUALA LUMPUR 9 April – Meskipun pernah diserbu pihak berkuasa tiga hari lalu namun satu sindiket perjudian dalam talian tetap berdegil melakukan kegiatan tersebut di premis sama di Jalan Petaling. Bagaimanapun, kegiatan sindiket yang sempat beroperasi dua hari bagaimanapun terbongkar selepas pihak polis menyerbu premis tersebut kira-kira pukul 10.30 malam semalam seterusnya menahan 20 individu. Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, lima daripada mereka yang diberkas…










