PPW dijenamakan sebagai Kredit Komuniti - Utusan Malaysia

PPW dijenamakan sebagai Kredit Komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 April- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjenamakan semula syarikat pemberi pinjam wang (PPW) yang kini dikenali sebagai Kredit Komuniti.

PPW dijenamakan sebagai Kredit Komuniti
Zuraida Kamaruddin

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif itu bagi mengelak persepsi negatif pihak yang mengumpamakan PPW sebagai sindiket pemberi pinjaman tanpa lesen atau ah long.

Beliau berkata, penjenamaan semula itu turut melibatkan perubahan dari segi imej, etika perkhidmatan perniagaan dan juga proses mendapatkan lesen perniagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun prestasi syarikat yang diberi lesen oleh kementerian adalah baik, persepsi negatif menyebabkan masyarakat atau peniaga kecil tidak tertarik untuk membuat pinjaman.

“Saya yakin, inisiatif penjenamaan semula ini akan dapat memberi persepsi positif kepada syarikat pemberi pinjam wang berlesen selain peminjam turut dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kredit Komuniti di kementeriannya di sini, hari ini.

Menurut Zuraida, sebanyak 4,115 syarikat yang berdaftar juga diberikan tempoh selama tiga bulan untuk menukar papan tanda mengikut logo baharu yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Kita mahu rakyat sedar bahawa Kredit Komuniti ininsah di sisi undang-undang, mereka tawarkan kadar pinjaman tanpa had dan urusannya tidak memerlukan dokumen yang banyak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dapat dimartabatkan dan dinaik taraf kerana skop perkhidmatan jabatan itu lebih luas berbanding agensi lain.

“Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar lihat peranan JBPM, elaun kritikal dan soal perjawatan perlu diberikan perhatian oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini