PRINSIPAL pasukan Red Bull KTM Tech3, Herve Poncharal menghambur pujian kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas melihat anak buahnya itu kembali beraksi agresif pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) apabila menamatkan saingan di kedudukan ke-16 pada Grand Prix (GP) Argentina di Litar Termas de Rio Hondo awal pagi semalam. Ia keputusan terbaik dicatatkan pelumba berusia 24 tahun itu berbanding kedudukan tercorot pada GP Qatar, tiga minggu lalu selepas bergelut memacu…










