SEPANG – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam usaha untuk mengenal pasti punca kemalangan bas yang mengorbankan 12 mangsa di Jalan S8 Pekeliling dekat MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, beliau berharap rakaman CCTV itu dapat membantu pihak polis dalam meneruskan siasatan kemalangan tersebut. Jelasnya, polis juga sedang mengenal pasti punca kejadian…










