KUALA LUMPUR 16 April – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 29 Mac lalu. Wanita berkenaan, Nor Azian Nawi, 35, kali terakhir dilihat di kedai makan Nasi Lemak Pandan, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di sini. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat Balai Tun H.S Lee, Sarjan Abi Shafazeem Arshad di talian 013-5675872. Dalam pada…










