LONDON 13 April – Polis melepaskan tembakan selepas sebuah kenderaan merempuh kereta duta besar Ukraine yang diparkir di luar kedutaan di sini, hari ini. Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 pagi itu, kakitangan diplomatik dan suspek berusia 40an tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga selepas ditahan. Kedutaan Ukraine di London dalam kenyataan berkata, kenderaan rasmi duta besar itu dilanggar dengan sengaja ketika parkir di hadapan bangunan kedutaan.…










