KUANTAN – Polis Pahang mengenalpasti tiga laluan maut di sekitar negeri ini yang berisiko tinggi dan sering berlaku kemalangan terutamanya ketika musim cuti. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, tiga laluan itu ialah Jalan Pekan-Rompin, Jalan Maran-Kuantan dan Jalan Kuala Lipis-Merapoh. “Tiga jalan ini telah dikenalpasti sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan termasuk sering menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui pada Program Lawatan Hospital Sempena Sambutan Hari Polis Ke-212…










