KUALA LUMPUR 11 April – Polis sedang mengesan tiga suspek lelaki yang dipercayai terlibat dengan rompakan kedai emas di dalam pasar raya di kawasan Manjalara, Kepong, di sini semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan menunjukkan suspek memakai topi keledar dan topeng muka. “Siasatan di tempat kejadian mendapati suspek masuk melalui pintu kecemasan di tingkat satu pasar raya…









