PM rasmi Pameran 5G Malaysia - Utusan Malaysia

PM rasmi Pameran 5G Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad merasmikan pameran teknologi mudah alih generasi kelima (Pameran 5G) yang julung kalinya diadakan di negara ini.

Perdana Menteri turut meluangkan masa menaiki kenderaan Exora tanpa pemandu sejauh kira-kira 100 meter dari Istana Kehakiman menuju ke Kompleks Perbadanan Putrajaya untuk majlis perasmian.

Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa melawat ruang pameran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pameran 5G anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), memberi peluang kepada orang ramai, pemain industri dan pihak berkepentingan merasai dan melihat sendiri manfaat teknologi 5G terhadap kehidupan mereka pada masa hadapan.

Selain kereta tanpa pemandu, orang ramai turut berpeluang melihat pelbagai aplikasi kehidupan nyata yang dipamerkan seperti e-sukan, dron, pertanian jitu, pembuatan pintar dan kelas realiti maya.

Pameran selama empat hari itu disertai hampir kesemua syarikat telekomunikasi utama di negara ini dan institusi pengajian tinggi tempatan.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini