JOHOR BAHRU 9 April – Sepucuk pistol jenis Revolver .38 milik seorang Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai yang hilang sejak 2010 ditemukan di tepi jalan Tahar 1 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Shahurinain Jais berkata, pistol terbabit dijumpai pemandu lori sampah yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit pada pukul 12.50 tengah hari. Katanya, pemandu lori itu…










