KUALA LUMPUR – Kerajaan buat masa ini memutuskan untuk melantik seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak berbanding cadangan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kanak-kanak bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perlindungan golongan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, pelantikan itu dibuat bagi penyelesaian jangka pendek yang lebih praktikal dalam memastikan semua isu berkaitan termasuk kebajikan kanak-kanak dapat dipantau secara lebih baik. “Meletakkan dan melantik Pesuruhjaya Kanak-kanak dalam struktur sedia…










