KUALA LUMPUR 16 April – Peserta hafazan dari Norway berazam untuk ‘membalas dendam’ melakukan pelbagai perkara sebelum Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 berakhir, Sabtu ini. Omar Mohammed Mukhtar, 26, merupakan hafiz dari negara paling cantik di dunia itu berkata, misi utamanya untuk tempoh empat hari ini adalah mengunjungi pusat beli-belah dan mencuba pelbagai jenis makanan tradisional Malaysia. “Menjadi peserta hafazan pada hari pertama bukanlah suatu yang menyeronokkan…










