Pesan Najib kepada jentera BN di Rantau - Utusan Malaysia

Pesan Najib kepada jentera BN di Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 11 April – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu meningkatkan kerja keras menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Sabtu ini yang berbaki kira-kira 36 jam lagi mulai pukul 9 malam ini.

Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka perlu mengenal pasti pengundi di kawasan yang diamanahkan kepada mereka dan mendapatkan arahan daripada pemimpin masing-masing.

“Kita mesti berusaha mengeluarkan pengundi tersebut sebelum pukul 12 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia penting dalam usaha kita supaya Tok Mat (calon BN bagi PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan) mencapai kemenangan dalam PRK ini dengan cemerlang,” katanya dalam ucapan ringkas selepas menunaikan solat Isyak di Surau Ar-Raudah Taman Kelab Tuanku, Mambau dekat sini malam ini.

NAJIB RAZAK menunaikan solat Isyak bersama kariah Surau Ar-Raudhah Taman Kelab Tuanku, Mambau dalam
NAJIB RAZAK menunaikan solat Isyak bersama kariah Surau Ar-Raudhah Taman Kelab Tuanku, Mambau dalam DUN Rantau di Seremban malam ini. – UTUSAN ONLINE/ MEDIA SOSIAL

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) kini ketandusan modal politik dalam kempen pilihan raya mereka.

“Mereka tidak ada modal, asyik `tembak’ cerita peribadi.

“Sebenarnya mereka yang gagal dan mengecewakan rakyat kerana mungkir janji serta lemah dalam pentadbiran kerajaan,” ujarnya.

Najib berkata, kemenangan di PRK Rantau penting sebagai kesinambungan kejayaan dalam PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Beliau kemudian singgah di Bilik Gerakan BN Pusat Daerah Mengundi Kampung Mambau, dekat sini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini