PUTRAJAYA 8 April – Pelajar sekolah menengah di seluruh negara bakal diberi kefahaman awal mengenai sistem perundangan Malaysia menerusi program Dari Mahkamah ke Bilik Darjah (MYC2C). Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, program anjuran Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan awal mengenai intipati undang-undang serta mendidik generasi muda menghormatinya. “Sistem perundangan selalunya dipelajari di fakulti perundangan dan ia sudah lambat kerana jika…










