LONDON 12 April – Manchester City dan Liverpool meneruskan pertarungan epik bagi merebut gelaran Liga Perdana Inggeris, hujung minggu ini, selepas perlawanan Liga Juara-Juara menyaksikan nasib berbeza menimpa kedua-dua kelab, namun, untuk aksi domestik mereka bakal berdepan ujian getir. City bertandang ke Crystal Palace dengan keciciran dua mata di belakang anak-anak buah Jurgen Klopp, tetapi gelaran masih berada di dalam tangan mereka, setelah memiliki kelebihan satu perlawanan di tangan. Bagaimanapun,…










