KETEGASAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memandu semula kedudukan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke trek yang betul menunjukkan bangkangan terhadap pengiktirafannya adalah tindakan yang wajar dan tepat. Bayangkan kalau semua mengambil sikap membisu, diam membatu seribu bahasa. Sudah tentu lulusan UEC dengan mudah-mudah menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP). Ini sekali gus tentu sekali tidak menghormati sensitiviti rakyat terutama orang Melayu. Siapa yang berani sanggah Peguam Negara selaku Pengerusi…










