KUALA LUMPUR 24 April – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mempersoalkan siapa yang memberi nasihat kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga Perdana Menteri menyatakan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal hanya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Naib Ketuanya, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, Dr. Mahathir dalam hal ini jangan lupa bahawa Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan menjamin kepada kewujudan dan kuasa sah perlembagaan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia. Beliau yang juga seorang peguam turut mengingatkan Perdana Menteri kepada dua perkara lagi yang disebut dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa sah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya