IPOH 10 April – Kerajaan negeri melancarkan program Kad Prihatin Perak iaitu bantuan dalam bentuk kad untuk membeli makanan sebanyak RM80 sebulan dan kad untuk rawatan kesihatan bernilai RM300. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan melibatkan 17,000 penerima yang terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan. Menurutnya, jumlah yang diberikan mungkin dilihat kecil tetapi nilai tersebut sangat bermakna kepada golongan yang benar-benar memerlukan. “Kita memberikan bantuan mengikut kemampuan dan keperluan iaitu seramai 17,000 penerima setakat ini dan akan mencari jalan untuk nilainya ditambah. “Kita tidak mahu memberikan nilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya