SEREMBAN – Maklumat awal polis mendapati pergaduhan melibatkan penyokong Pakatan Harapan (PH) di Bilik Gerakan Utama (BGU) parti itu di Bandar Ekar, Rantau, Rembau malam tadi berikutan rasa tidak puas hati berkaitan bayaran urusan kempen pilihan raya. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif sebenar dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. “Seorang lelaki…










