JOHOR BAHRU 9 April – Pasukan Polis Marin (Polis Marin) Wilayah Dua berjaya menggagalkan usaha penyeludupan rokok putih bernilai RM1.6 juta dalam satu serbuan yang dijalankan di Taman Johor, di sini awal pagi semalam. Komander Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, dalam operasi pada pukul 2 pagi itu, pihaknya turut menahan seorang suspek lelaki berusia 30 tahun. Katanya, sindiket itu dipercayai menggunakan teknik penyamaran bagi…










