TUMPAT 10 April – Seorang warga emas berusia 60 tahun dicekup Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor bersama 1,080 liter minyak diesel dipercayai untuk diseludup keluar dalam serbuan di rumahnya di Kampung Simpangan, di sini tengah malam tadi. Dalam serbuan pukul 12.10 tengah malam itu PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor turut merampas sebuah lori jenis Toyota yang digunakan suspek untuk menyimpan bahan api berkenaan. Pegawai Pemerintah PPM Wilayah…










