PADANG BESAR 10 April – Sekumpulan penjenayah yang disyaki geng penyeludup ketum bukan sahaja berani melakukan perbuatan itu secara terang-terangan di siang hari, malah semakin ganas apabila cuba merempuh tiga anggota penguat kuasa yang cuba menghalang mereka. Berikutan kejadian kira-kira pukul 1.30 petang di sebuah kebun getah di Taman Radzi di sini, semalam, dua daripada tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa melepaskan tiga das tembakan iaitu satu das ke…










