JIKA dirangkumkan penampilan trio vokalis wanita terhebat negara dalam perkataan, hanya satu frasa yang sesuai digunakan iaitu sempurna. Paduan vokal Siti Sarah, Misha Omar dan Noryn Aziz sedikit pun tiada kecacatan sehingga membuatkan penonton tidak bosan menyaksikan persembahan dalam setiap segmen untuk dua malam berturut-turut konsert Soul Sisters di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 April lalu. Suatu keistimewaan dalam persembahan ketiga-tiga diva itu, apabila setiap daripada mereka jauh daripada misi menonjolkan sisi kekuatan vokal masing-masing. Tidak menukar pentas Panggung Sari menjadi gelanggang tinju suara, trio itu nyata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya