KUALA LUMPUR 2 April – Beberapa laluan di sekitar Selangor akan ditutup sempena perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019, Sabtu ini hingga 13 April. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam laman sosial Facebooknya memaklumkan, antara laluan yang akan dilencongkan ialah jalan di Persiaran Damai, Persiaran Masjid, Persiaran Kayangan, Persiaran Hishamuddin, Persiaran Sukan, Lebuhraya Guthrie, Jalan Subang dan Persiaran Mokhtar Dahari. Turut terlibat laluan sekitar Alam Budiman, Jalan Bukit Cerakah,…









