NILAI – Seorang operator kren maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 280.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Nilai di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Mohammad Rizal Mazlan, 25, maut selepas motosikal jenis Naza Blade 250 ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Jeram, Selangor…









