SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori dalam kejadian di Jalan Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini semalam. Kejadian pada pukul 9.05 pagi itu mengakibatkan S. Arjunan, 63, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemboncengnya seorang warga Nepal pula cedera ringan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah lori dari arah sama. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya