PAPARAN media baru-baru ini mengejutkan kita dengan berita tentang adanya segelintir mahasiswa di Universiti Malaya (UM) yang terpaksa ikat perut kerana desakan kewangan yang mereka hadapi. Faktor seperti kos yuran dan penyediaan bahan tugasan meningkat, ketiadaan kerja sambilan bersesuaian, jadual waktu akademik dan kokurikulum yang padat dan pelbagai isu lain menjadi antara punca perkara ini berlaku. Menyedari hal ini, Kabinet telah meluluskan peruntukan RM3 juta agar bank makanan sedia ada…










