PETALING JAYA 24 April – Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM Kampus Puncak Alam mampu berbangga dengan pencapaian para pensyarah dan pelajar Senibina Landskap apabila dianugerahkan pelbagai anugerah di Malam Gala Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA) pada 20 April lalu. Program anjuran Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) itu merupakan ruang bagi para penggiat industri dan akademik untuk mempamerkan idea, reka bentuk, hasil penyelidikan dan inovasi dalam bidang Senibina Landskap kepada masyarakat. MLAA juga secara langsung dapat meningkatkan keterampilan bidang Senibina Landskap sebagai salah satu industri yang penting dalam konteks Alam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya