YALA 25 April – Seorang penoreh getah maut ditembak di bahagian kepala oleh dua lelaki di Daerah Benan Setar, wilayah bergolak Yala, selatan Thailand, hari ini. Semasa kejadian, lelaki berusia 36 tahun yang menaiki motosikal berseorangan di Jalan Senambin-Dalapae, Daerah Benan Setar itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari ladang getah, apabila dia ditembak dua lelaki dari jarak dekat, pada kira-kira pukul 9.20 pagi (waktu tempatan). “Lelaki itu mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di Hospital Benan Setar,” menurut seorang jurucakap polis di sini. Menurutnya polis sedang menyiasat punca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya