Peniaga kedai makan tidak mengaku tipu wang RM23,000 - Utusan Malaysia

Peniaga kedai makan tidak mengaku tipu wang RM23,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 11 April – Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang pemotong kayu membabitkan wang tunai RM23,000 pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Azril Hakim Muhammad, 29, dari Kampung Limau Kasturi di sini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Menurut pertuduhan, Azril Hakim didakwa menipu seorang lelaki, Salleh Ong Abdullah, 64, secara bersemuka dalam urusan penjualan kayu getah di tanah kebun Lot 400, 401 dan 402 di Limau Kasturi, Bertam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kedai makan di bawah jambatan Limau Kasturi pada 18 Oktober 2018.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 12 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, tertuduh membayar wang jaminan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini