Peniaga dakwa DBKL mungkir janji - Utusan Malaysia

Peniaga dakwa DBKL mungkir janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Apr. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mengotakan janji mereka untuk menyelesaikan masalah 99 peniaga pasar malam berhampiran Perumahan Awam (PA) Sri Selangor di sini yang kehilangan tapak berniaga.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Usahawan Jaya Jalan Pudu Kuala Lumpur, Mohamad Bulkhairi Ismail, semalam merupakan kali terakhir peniaga berniaga di tapak lama ekoran DBKL tidak membenarkan sebarang operasi perniagaan dijalankan di kawasan tersebut.

“Pertengahan bulan Februari lalu, DBKL telah bersetuju dengan lokasi baharu yang dicadangkan oleh peniaga dan berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh dua minggu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kini sudah lebih sebulan namun tiada sebarang tindakan daripada DBKL yang dilihat dapat membantu peniaga. Sudah berapa kali usaha untuk bertemu dengan pihak berkuasa tempatan itu tetapi gagal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini