Penghuni pusat kebajikan didakwa bunuh rakan  - Utusan Malaysia

Penghuni pusat kebajikan didakwa bunuh rakan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang penghuni sebuah pusat pertubuhan kebajikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Riduan Abd. Samad, 38, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penghuni pusat Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang penghuni di pusat sama iaitu Mazeline Sabtu, 53.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh kira-kira pukul 3.30 petang di belakang asrama lelaki di villa berkenaan di Jalan Tebing Tinggi Duyong di sini pada 1 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia mempunyai masalah kesihatan mental.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental dan menetapkan tarikh 10 Mei bagi sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini