MELAKA 11 April – Seorang penghuni lelaki sebuah pusat pertubuhan kebajikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya, awal bulan ini. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Riduan Abd. Samad, 38, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penghuni pusat Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan didakwa telah menyebabkan kematian seorang penghuni di pusat yang sama iaitu Mazeline Sabtu, 53. Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di belakang asrama lelaki di villa berkenaan di Jalan Tebing Tinggi, Duyong…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya