MELAKA – Seorang penghuni sebuah pusat pertubuhan kebajikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada awal bulan ini. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Riduan Abd. Samad, 38, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Lee Kim Keat. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan penghuni pusat Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang penghuni di pusat sama iaitu Mazeline Sabtu, 53. Tindakan itu didakwa dilakukan tertuduh kira-kira pukul 3.30 petang di belakang asrama lelaki di villa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya