SABAK BERNAM – Polis berjaya memberkas seorang pengedar dadah warga Myanmar di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan 4 Bagan, Sungai Besar di sini kelmarin. Penahanan suspek berusia 48 tahun itu juga membawa rampasan heroin seberat 20.72 gram bernilai kira-kira RM700 . Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal suspek merupakan pengedar dadah kecil-kecilan yang bergerak aktif sendirian sejak empat bulan lalu. Katanya, dadah jenis heroin itu ditemui dalam dua peket plastik lutsinar yang disimpan suspek di dalam beg sandangnya. “Hasil ujian saringan air…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya