Pengawal keselamatan tak puas hati Lan Pet Pet didenda RM2,000 - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan tak puas hati Lan Pet Pet didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pengawal keselamatan Acacia Park Desa Jati, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,000 keatas pelawak terkenal Lan Pet Pet kerana memukulnya pada 6 April lalu. 

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu denda yang dikenakan keatas Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, itu kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut agak teruk.

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu keatas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini