PULAU PINANG 9 April – Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Balik Pulau di sini ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang pelajar tingkatan satu. Suspek berumur 24 tahun yang sudah berkahwin itu ditahan polis di pos kawalan sekolah berkenaan pukul 2.40 petang tadi selepas ibu mangsa membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, perbuatan pengawal keselamatan itu terbongkar selepas ibu mangsa mendapat maklumat anaknya menjalin hubungan dengan suspek termasuk pernah dilihat bercium. Katanya, ibu mangsa berkali-kali bertanyakan anaknya berkenaan hubungannya dengan suspek namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya