JOHOR BAHRU 4 April- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh diarah bertukar ke Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkuatkuasa 1 April lepas. Mohammad Ezanni yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata beliau kini dilantik sebagai Ketua Unit Pengurusan Sisa Toksik dan Pembuangan Berjadual Kebangsaan. “Ya, memang betul saya ditukarkan tetapi ini (pertukaran) merupakan perkara yang positif, bukannya negatif. Saya menerima maklumat pertukaran minggu lepas, malah sekarang saya sudah berada di Putrajaya,” katanya ketika dihubungi.- BERNAMA
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya