Penduduk buat laporan polis, bekalan air dipotong - Utusan Malaysia

Penduduk buat laporan polis, bekalan air dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 8 April – Lebih 700 keluarga di pangsapuri Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi di sini resah selepas bekalan air di pangsapuri enam tingkat berkenaan ditutup sejak Jumaat lalu.

Tindakan penutupan bekalan air oleh Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) berkenaan dikatakan dilakukan tanpa sebarang notis yang menyebabkan penduduk di situ bertindak membuat laporan polis pada hari sama.

Pengerusi Persatuan Penduduk Selesa Hillhomes, Rozana Abdullah berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berasa teraniaya dengan tindakan drastik berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pelik kenapa tiba-tiba meter air ditutup sedangkan saya difahamkan bayaran dilakukan penduduk kepada pihak berkenaan malah dilakukan tanpa sebarang notis.

“Adakah ini dilakukan betul mengikut undang-undang?. Bagaimana nasib keluarga yang mempunyai bayi dan orang tua terutama yang tinggal di tingkat enam tanpa lif di sini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dia ada menghubungi Paip dan mereka memberi alasan penutupan itu atas arahan pemilik akaun yang menguruskan bekalan air di situ. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini