PUTRAJAYA 25 April – Wisma Putra mengesahkan seorang pendaki rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang kelmarin semasa menuruni Gunung Annapurna di Nepal, Chin Wui Kin, 49, telah ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pagi ini. Menurut Wisma Putra, pasukan berkenaan sedang dalam usaha membawa turun mangsa dari kawasan pergunungan bagi mendapatkan rawatan lanjut. “Kementerian Luar merakamkan penghargaan kepada kerajaan Nepal, terutama pasukan mencari dan menyelamat dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan kelak,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Jelas Wisma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya