JOHOR BAHRU – Seramai 120 individu membuat laporan polis hari ini berhubung bencana pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang bulan lepas. Laporan masing-masing daripada penduduk di sekitar Taman Pasir Putih, Pasir Gudang Baru, Cahaya Baru dan Taman Scientex itu dilakukan mulai 3 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, merangkumi tuntutan ganti rugi berhubung kejadian itu. Peguam yang mewakili kesemua individu…










