GOPENG – Abang kepada peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu, meminta mana-mana pihak yang mendakwa menemui mangsa kini berada di Johor untuk tampil menjelaskan lokasinya. Mohd. Zahiruddin Hassan, 35, berkata, beliau ada terbaca berita yang tular di media sosial mengenai penemuan adiknya di Johor namun hingga kini individu yang mendakwa sedemikian tidak berjumpa dengannya mahupun ahli keluarganya. “Kalau betul Acap dah…










