IPOH – Operasi mencari seorang peserta larian Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan yang hilang sejak bulan lalu ditangguhkan sementara berkuat kuasa semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, penangguhan operasi selepas 24 hari pencarian dibuat atas beberapa faktor termasuk tiada petunjuk baharu diperoleh Pasukan Penyelamatan dan Pasukan Siasatan bagi membolehkan mangsa dikesan sama ada dalam bentuk operasi atau siasatan di luar konteks operasi.
Katanya, mangsa juga masih tidak ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat telah menggunakan pelbagai kaedah terkini dan pasukan yang berpengalaman selain kawasan pencarian diperluas dari 35 kilometer (km) persegi kepada 48km persegi.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











