Peminat terbesar Putera Harry meninggal dunia - Utusan Malaysia

Peminat terbesar Putera Harry meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 2 April – Seorang balu perang berusia 99 tahun yang dikenali sebagai ‘peminat terbesar’ Putera Harry meninggal dunia berikutan radang paru-paru, menurut keluarganya hari ini.

Keluarga Daphne Dunne dalam kenyataan berkata, mendiang menghembus nafas terakhir sehari selepas hari lahirnya ke-99 di hospital.

“Kami, keluarganya, mengucapkan terima kasih kepada semua atas rasa sayang dan sokongan yang ditunjukkan terhadap Dunne.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dunne juga telah menerima mesej daripada Harry dan isteri, Meghan bagi hari jadinya yang menyatakan surat itu membuatkannya berasa bertambah baik,” katanya.

Harry kali pertama bertemu Dunne pada 2015 ketika dia terlihat pingat perang mendiang suaminya yang dipakai di dada.

Selepas itu, Dunne telah diambil gambar beberapa kali ketika menyapa Harry dari tepi tali termasuk di tangga Sydney Opera House pada Oktober tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini