Pembantu kesihatan mengaku tidak bersalah tipu OT - Utusan Malaysia

Pembantu kesihatan mengaku tidak bersalah tipu OT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 10 April – Seorang pembantu perawatan Klinik Kesihatan Teluk Bahang, Balik Pulau dekat sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pagi tadi atas enam pertuduhan membuat tuntutan kerja lebih masa palsu pada 2017. Tertuduh, Zamri Yahaya, 52, membuat pengakuan itu dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nizam Zakaria. Mengikut kesemua pertuduhan, Zamri yang merupakan ejen kerajaan Malaysia iaitu pembantu perawatan kesihatan didakwa mempergunakan dengan niat memperdaya wakil prinsipal iaitu Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya dengan dokumen tuntutan elaun lebih masa. Jumlah…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN