SIBU 10 April – Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini mencapai kejayaan terbesar dalam usaha memerangi pembalakan haram, apabila membuat rampasan bernilai RM1,426,500 berkaitan kegiatan itu di Poi, Kanowit, Isnin lalu. Difahamkan, Kejayaan tersebut diperoleh selepas sepasukan lapan anggota risik batalion itu yang diketuai Inspektor Mohd. Salman Zulfitri Sheekandar bersama 12 penguatkuasa Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) Bahagian Sibu yang diketuai Mohd. Norazlan Jamil, membuat serbuan dan pemeriksaan pada…










