Pemasangan percuma pelekat RFID - Utusan Malaysia

Pemasangan percuma pelekat RFID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 April – Penduduk sekitar Bukit Subang, Kampung Melayu Subang, Denai Alam, Bukit Jelutong, Paya Jaras, Saujana Utama, Puncak Alam, Sungai Buloh, Selangor, kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) serta Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) berpeluang memiliki pelekat identifikasi frekuensi radio (RFID) secara percuma, Sabtu dan Ahad ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, pihaknya akan berada di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina arah utara dan arah selatan GCE bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang sepanjang dua hari itu.

“Pengguna dinasihatkan untuk memuat naik terlebih dahulu aplikasi Touch ‘n Go eWallet di aplikasi Apple, Apps Store dan android, Google Play Store.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seterusnya, mendaftar maklumat peribadi dan maklumat kenderaan di https://www.touchngo.com.my/html/preregisterrfid.aspx dan https://rfidregister.touchngo.com.my/#/woheader/login setelah menerima emel pengesahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, akaun Touch ‘n Go eWallet yang telah didaftarkan hendaklah ditunjukkan di pusat pemasangan seperti yang dimaklumkan.

“Pengguna diingat untuk membawa kad pengenalan asal dan salinan atau lesen memandu atau pasport serta salinan lesen kenderaan motor atau ‘cover note’ insurans yang sah dan terkini.

“Juga perlu ditunjukkan ‘authorisation letter’ daripada pemilik kenderaan sekiranya kenderaan tidak dimiliki oleh pengguna berdaftar akaun eWallet Touch ‘n Go,” katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Norhaslinda Abu Yazid di talian 017-687 1400 atau Mohd. Nor Adnin Osman di 014-319 1443. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini