KUALA LUMPUR 2 April – Pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda ditahan selepas dipercayai memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan terhadap seorang penunggang motosikal di Kilometer 262, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Seremban, Negeri Sembilan kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, lelaki berusia 38 tahun terbabit ditahan selepas pihaknya berjaya mengesan pemilik kenderaan terbabit yang merupakan kakaknya. “Hasil daripada siasatan dijalankan Unit Risikan dan…










