KLUANG 3 April – Seorang lelaki berusia 27 tahun maut selepas kenderaan dipandunya terbabas memasuki longkang dan menyebabkan mangsa lemas dalam satu kejadian di Kilometer 61 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam, dekat sini pagi ini. MOHD. ABDUH ISMAIL Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.52 pagi. “Mangsa, Mohamad Razzi Yahaya yang dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Kulai bertindak…










