Pemain Kelantan perlu fokus - Piya - Utusan Malaysia

Pemain Kelantan perlu fokus – Piya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 April – Barisan pemain Kelantan dituntut supaya terus kekal fokus berdepan apa jua situasi pada aksi hidup mati pusingan kedua Piala FA 2019 menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.

Tonggak berpengalaman Mohd. Badhri Radzi atau Piya berkata, fokus itu penting bagi memastikan barisan pemain tidak mudah hilang punca samada ketika sedang mendahului lawan atau ketinggalan.

Menurutnya, bukan itu sahaja rakan-rakan sepasukan turut diingatkan supaya tidak membuat kesilapan mudah yang menyebabkan Kelantan mudah dihukum pasukan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesilapan mudah akan menyebabkan Kelantan dihukum oleh pasukan lawan.

“Jadi kita perlu sentiasa waspada dan bermain sebagai satu pasukan sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya di sini hari ini.

Piya memberitahu, kehadiran semula beberapa tonggak seperti Nik Akif Syahiran Nik Mat akan memperkasakan semula pasukan.

Katanya, meskipun bakal berdepan tugas sukar namun dia tetap optimis Kelantan mampu melangkah ke pusingan berikutnya seadainya bermain sebagai satu pasukan dan mengikut setiap percaturan jurulatih.

“Berdepan Selangor bukan tugas mudah. Mereka pastinya mahu layak ke pusingan berikutnya

“Tambahan pula mereka baru sahaja mencatatkan kemenangan dalam saingan liga sebelum bertandang ke Kota Bharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini